Tags

Setakat ini uncle berasa kagum dengan semangat para pelajar untuk mendalami serta menguasai Add Maths terutamanya dalam tajuk Functions. Banyak komen yang uncle perolehi dari para pelajar yang majoritinya bukan dari kalangan yang mengikuti Kelas Tuisyen BMU maupun Mawar Subang Perdana, Alam Budiman, Bukit Jelutong atau Seksyen 9, Shah Alam. All these comments and feeds back will give me extra strength to update this blog of mine with the pure hope of creating an alternative medium for students to improve further in their Additional Mathematics subject. Sememangnya ini adalah harapan tunggal uncle selama ini tadi…untuk menjadikan para pelajar dari kalangan anak Melayu dan anak Malaysia untuk mempertingkatkan keupayaan dalam menguasai ilmu Matematik.

Hari ini, uncle ingin berkongsi beberapa jenis soalan untuk Functions terutama yang melibatkan Composite Functions agar para pelajar dapat memahami dengan lebih mudah perbezaan yang wujud dalam kaedah penyelesaian CF.

Dalam anda menyelesaikan setiap masalah CF (Jenis II dan III), anda juga boleh membuat pemeriksaan balik untuk memastikan samada  jawapan anda adalah tepat atau sebaliknya. Inilah kelebihan yang ada dalam menyelesaikan masalah CF.

Perkara kedua yang uncle ingin nasihatkan adalah mengenai perbezaan antara CF Jenis II dengan CF Jenis III.

Jenis II akan memerlukan anda untuk menyelesaikan function yang dinyata dalam sebutan kedua. Sebagai contoh, Given f(x) and fg(x), find g(x)

Jenis III akan memerlukan anda untuk menyelesaikan function yang dinyata dalam sebutan pertama. sebagai contoh, Given f(x) and gf(x), find g(x)

CF1 CF2 CF3