Semalam saya dihujani dengan beberapa berita mengenai keputusan Ujian Matematik sekolah untuk bulan Februari yang melibatkan pelajar-pelajar yang bernaung di bawah BMU. Keputusan yang diperolehi adalah untuk pelajar Sekolah Rendah dari Tahun 3 sehinggalah ke Tahun 6. Ada berita yang bersertakan kesyukuran, ada berita yang berselitkan ketidakpuasan…yalah, inikan lumrah kita, adat dan cara kita…kita terima seadanya.

Rata-rata pelajar BMU yang diklassifikasikan sebagai lemah dalam Matematik (its not from us, it was from their own parent) mula menampakkan peningkatan. Ada yang memperolehi kecemerlangan seperti A, ada yang berjaya melepasi igauan C dan D sehingga mampu mencapai ke B dan ada juga sebahagian yang masih memerlukan bimbingan yang lebih efektif. Majoriti pelajar BMU sudah melalui proses bimbingan dalam tempoh purata tidak lebih dari 2 bulan, samada melalui pakej 4 jam seminggu atau 2 jam seminggu. Kebanyakan pelajar yang dikatakan lemah dalam penguasaan Matematik sebenarnya bukan lemah sepenuhnya, cuma tiada asas pembelajaran Matematik yang benar-benar kukuh dan tidak kurang pula disebabkan kurang minat untuk mendalami subjek itu sendiri (kebanyakan masalah ini dihadapi oleh pelajar Tahun 3). Masalah ini sering tidak disedari oleh ibubapa pelajar, jadi kita di BMU berperanan untuk mencorakkan minda setiap pelajar dari kalangan ini sebelum memulakan proses pemulihan.

Seperti perlaksanaan proses lain yang biasa, there is no short cut to success, though I wish I could have one! Dasar pemulihan perlu memakan masa, ibarat membekalkan vitamin dalam sistem tubuh manusia…masa tetap dituntut sebelum hasilnya mampu diperolehi. BMU tidak mampu membimbing setiap pelajar lemah mengikut rentak yang sama, ini disebabkan masalah yang membelenggu setiap pelajar itu berbeza. Bagi mereka yang kurang serius dalam pembelajaran, kita ada cara tersendiri untuk membantu mereka. Bagi kalangan yang lemah dalam asas Matematik (dalam konteks ini kebanyakan pelajar UPSR), kita kena perkukuhkan asas mereka terlebih dahulu. Mengetahui cara mengira, hasil tambah dan tolak, darab atau bahagi, berupaya menghafal sifir bukan bermakna mampu untuk menguasai Matematik sepenuhnya…realitinya, cukup ramai di kalangan ini yang masih lemah dalam Matematik. Menguasai Matematik bermakna berupaya memahami masalah, mampu mencari jalan penyelesaian yang pelbagai. This is what Maths all about, not just plus and minus or whatnot! Ramai pelajar yang mati langkah bila berhadapan dengan satu-satu soalan, don’t even know where or how to start. The minute kita bagi a bit of clue, then baru kedengaran ” Oooo….macam tu ke? “. Soalan berbentuk teks, dalam bahasa Melayu pun tidak mampu difahami sepenuhnya, apalah lagi when it is written in English. Topik seperti pecahan, perpuluhan, peratusan, wang dan sebagainya pasti lebih sukar untuk difahami. Ini antara contoh pelajar lemah yang memerlukan bimbingan khas, regardless whether you like it or not, this batch of students badly needs special programme and special programme does require time and effort. Meskipun begitu, kita di BMU masih tekun untuk memberi bimbingan yang sewajarnya, anak Melayu kita selayaknya mendapat bimbingan dan tatacara pembelajaran yang sempurna…itu asas pegangan kita di BMU. Kepada ibubapa pelajar, percayalah…kalau kita mampu menerima kehilangan tempoh pembelajaran selama 5 tahun ( bagi pelajar lemah yang bakal menduduki UPSR) sebelum ini, apalah sangat 3 bulan yang akan datang? But this is only applicable to pelajar lemah yang menuntut perubahan, bukan kepada pelajar malas yang sekadar mengharap bantuan. Bear in mind, there is no special programme to handle this type of loose end….not even us in BMU could do anything to rectify it!!! Kita sedar bukan mudah untuk ibubapa menerima keputusan anak yang tidak sepertimana yang diharapkan, you can even count me in. Even my own daughter, Dayang Souraya dalam Tingkatan 3 yang memperolehi 91% untuk ujian Matematik pun saya bising semalam! It is not that saya tidak bersyukur tetapi what upset me most was her failure to optimize to her true potential. Berbeza dengan some pelajar yang lemah, getting improved results is a tiny steps toward better results in the future. Ini satu peningkatan yang perlu kita hargai, sokong serta dorong…kita kena jujur dalam penilaian, kalau dulu dia dapat 40% dan sekarang dapat 65%, kita kena sokong. Kita jangan sekali-kali menukar persepsi mengatakan anak kita sewajarnya mendapat A hanya kerana dia dapat 65% pada hari ini. Rujukan bukan pada keinginan tetapi berteraskan realiti, keupayaan sebelumnya. That is how we should give our fair judgement….

Kepada pelajar-pelajar yang berjaya mencapai kecemerlangan serta memperolehi peningkatan dalam keputusan Ujian bulan Februari, Uncle ucapkan TAHNIAH…awak semua berhak untuk dihargai and today your photo is listed amongst those who have excel…Keep it up guys, do better in the future. Make yourself known as a student who able to master Maths with ease….

Ain’t no mountain high enough, ain’t no valley low enough, ain’t no river wild enough….any miracle will always be within reached, so long as you believe….