Tags

, , , ,

OPEARSI DARAB UNTUK NOMBOR PECAHAN

Sila ambil perhatian yang makna perkataan ‘daripada‘ atau ‘of‘ dalam konteks pecahan membawa maksud operasi darab. Sebagai contohnya; Ali mempunyai 100 naskah buku tulis yang hendak diagihkan kepada anak-anak yatim. 2/5 daripadanya disedekahkan ke Rumah Anak Yatim Laila sementara bakinya disedekahkan ke Rumah Anak Yatim Ampang. Berapa banyak buku yang diperolehi oleh Rumah Anak Yatim Laila dan Anak Yatim Ampang?

Dalam menukar nilai pecahan kepada nilai ATAU bilangan sebenar DAN sebaliknya,  kaedahnya mestilah menggunakan tatacara berikut :

NILAI PECAHAN x JUMLAH = BILANGAN SEBENAR; SEKIRANYA NILAI PECAHAN DAN JUMLAH DIBERITAHU DAN SOALANNYA MENCARI NILAI SEBENAR

ATAU

NILAI PECAHAN = BILANGAN SEBENAR ÷ JUMLAH; SEKIRANYA JUMLAH DAN NILAI SEBENAR DIBERITAHU DAN SOALANNYA MENCARI NILAI PECAHAN

ATAU

JUMLAH = BILANGAN SEBENAR ÷ NILAI PECAHAN; SEKIRANYA NILAI PECAHAN DAN BILANGAN SEBENAR DIBERITAHU DAN SOALANNYA MENCARI JUMLAH

BILANGAN DALAM BENTUK  PECAHAN

PENGIRAAN UNTUK MENUKARKAN BENTUK PECAHAN KEPADA BILANGAN SEBENAR

BILANGAN SEBENAR ATAU KUANTITI

2/5

2/5 x 100 =

2/5 x 100/1 = 40

40 NASKAH BUKU

3/5

3/5 x 100 =

3/5 x 100/1 = 60

60 NASKAH BUKU

 

2/5 + 3/5 = 5/5

 

 

JUMLAH

 

100 NASKAH BUKU

Dalam melaksanakan tatacara pengiraan, pelajar disarankan supaya cerdik serta berhati-hati dalam mentafsirkan kehendak soalan.

Sebagai contohnya; Ah Khoo mendapat gaji bulanan sebanyak RM3,500-00. Jika 2/7 daripada gaji Ah Khoo digunakan untuk menjelaskan ansuran bulanan pinjaman perumahan beliau, 1/7 untuk bayaran bil dan selebihnya didepositkan ke dalam bank untuk simpanan, berapakah jumlah sebenar wang simpanan beliau?

Dalam konteks soalan sebegini, penyelesaian seharusnya bijak. Soalan memerlukan jawapan bagi simpanan bulanan Ah Khoo dan bukannya berapa dibelanjakan untuk bayaran rumah dan bil. Justeru, penyelesaian mudah adalah seperti berikut :

Dari perspekif pecahan : Jumlah gaji RM3,500-00 = 7/7

Simpanan Ah Khoo dalam bentuk pecahan bersamaan 7/7 – 2/7 – 1/7 = 4/7

Maka, simpanan Ah Khoo dalam nilai sebenar bersamaan dengan

4/7 x RM3,500 = RM2,000-00