Tags

, , ,

TIPS DALAM MENYELESAIKAN SOALAN MATEMATIK DALAM BENTUK TEKS DAN KENYATAAN RINGKAS

Soalan seumpama ini sering mendatangkan masalah kepada para pelajar, meskipun operasi yang sering digunakan hanya melibatkan 4 kaedah iaitu :

  • Tambah (Addition)
  • Tolak (Subtraction)
  • Darab (Multiplication)
  • Bahagi (Division)

Sebagai usaha untuk memberi gambaran tentang apa yang sebenarnya dikehendaki oleh setiap soalan yang dimaksudkan, saya akan cuba memperincikan setiap bentuk soalan yang ada dan sekaligus mampu membimbing para pelajar untuk mengambil tindakan pengiraan yang tepat.

TIPS PERTAMA

Sila amati butiran yang merangkumi angka/bilangan dan objek dalam setiap soalan.

  • Bagi soalan yang menggunakan operasi tambah atau tolak, ia akan memberi angka/bilangan untuk objek yang sama; sementara
  • Bagi soalan yang menghendaki penyelesaian mengikut operasi darab atau bahagi, ianya sering memberi angka/bilangan untuk objek yang berbeza-beza atau berlainan

TIPS KEDUA

 Perhatikan cara soalan dikemukakan, seringkali dalam ayat yang terakhir

  • Untuk operasi tambah ianya sering menyebut perkataan seperti JUMLAH (SUM), KESELURUHAN (TOTAL) ATAU KENYATAAN YANG MEMBAWA MAKSUD PENJUMLAHAN
  • Untuk operasi tolak sering menggunakan perkataan seperti BAKI/TINGGAL (BALANCE), PERBEZAAN/PERBANDINGAN (DIFFERENCES) ATAU KENYATAAN YANG MEMBAWA MAKSUD PERRBEZAAN/PERBANDINGAN
  • Untuk operasi darab sering menyebut perkataan JUMLAH (PRODUCT) dan memerlukan jawapan untuk bilangan yang melebihi 1 objek seperti 5 bekas, 8 kelompok, 3 bulan dan sebagainya
  • Untuk operasi bahagi, akan menyatakan soalan untuk 1 unit sahaja seperti SETIAP (EACH), SEORANG, 1 BEKAS, 1 BULAN dan sebagainya

Kita perhatikan contoh-contoh soalan seperti berikut :

CONTOH 1 – OPERASI TAMBAH

Seramai 208 615 orang penonton berada di sebuah stadium pada hari pertama suatu pertandingan bolasepak. Terdapat 312 108 orang penonton yang hadir pada hari kedua. Berapakah jumlah penonton yang hadir di stadium pada dua hari  tersebut?  objek yang sama & membawa maksud penjumlahan

CONTOH 2 – OPERASI TOLAK

Seramai 450 036 orang murid menduduki sesuatu peperiksaan. Bilangan murid lelaki ialah 215 720. Berapakah bilangan murid perempuan yang menduduki peperiksaan? – objek yang sama iaitu murid & membawa maksud perbandingan

CONTOH 3 – OPERASI DARAB

Terdapat 64 buah kotak  biskut dalam sebuah gudang. Setiap kotak dapat memuatkan 7912 peket biskut. Berapa jumlah peket biskutkah yang ada di dalam gudang tersebut? – 2 objek yang berbeza & soalan membawa maksud jumlah

CONTOH 4 – OPERASI BAHAGI

Sebuah kilang mengeluarkan 784 620 pasang sarung tangan dalam seminggu. Jika bilangan sarung tangan yang dikeluarkan setiap hari adalah sama dan kilang itu tutup pada hari Ahad, berapakah bilangan sarung tangan yang dikeluarkan dalam sehari? – objek yang berbeza & menyatakan persoalan dalam 1 unit